Wednesday, April 23, 2014

Kaitan Kaabah dengan penciptaan manusia

Para muslimin/muslimat dan mukminin/mukminat sekarang sedang bersedia untuk melakukan ibadah haji.Dan ibadah haji ini hanya sempurna dengan mengunjungi Kaabah di Makkah yang berada di Arab Saudi dan menyempurnakan segala rukun-rukun yang diwajibkan untuk mendapat status sah ibadah haji.Akan tetapi adakah kita mengetahui apakah kaitan diri kita dengan Kaabah?Hubungan antara kita dengan Kaabah telah termaktub didalam AlQuran dalam surah Al-Eimran ayat 96 yang bermaksud "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah(Kaabah) yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia".
                               
  

Umum mengetahui bahawa asas-asas Kaabah telah dibina oleh nabi Ibrahim a.s bersama anakandanya nabi Ismail a.s.Mereka berdua juga membina Kaabah bukan atas kehendak mereka sendiri akan tetapi atas arahan Allah s.w.t.Kaabah juga merupakan qiblat yang pertama bagi umat manusia menghadapkan wajah untuk melakukan solat sebelum dipindahkan ke Masjid Al-Aqsa ketika nabi Musa a.s menjadi rasulullah.
     Kemudian qiblat itu berubah sekali lagi dengan menghadap ke Kaabah setelah nabi Muhammad s.a.w berdoa memohon kepada Allah s.w.t seperti yang terkandung didalam surah Al-Baqarah ayat 144 "kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad),berulang-ulang menengadah ke langit,maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap qiblat yang engkau sukai.Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram(tempat letaknya Kaabah);dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.Dan sesungguhnya orang-orang(yahudi dan nasrani) yang telah diberikan Kitab,mereka mengetahui bahawa perkara(berqiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka;dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan".
     Berbalik kepada tajuk,apakah kaitannya manusia ni dengan Kaabah?Telah dinyatakan didalam AlQuran bahawa Allah ingin menciptakan makhluk yang bernama manusia seperti yang termaktub dalam surah Al Baqarah ayat 30.kemudian dibantah oleh para Malaikat kerana manusia akan menumpahkan darah.Lalu Malaikat pun ditempelak oleh Allah dengan mengatakan siapakah yang lebih mengetahui hal-hal yang ghaib?Lalu Malaikat dalam penyesalan pun mengatakan bahawa Allah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
     Setelah peristiwa itu,Allah pun menyuruh Malaikat turun kebumi mengambil tanah untuk dicorakkan ciptaan menjadi manusia.Setelah siap diciptakan rekaan itu lalu Allah memerintahkan Malaikat meniupkan roh kedalam tubuh rekaan itu maka sempurnalah ciptaan Allah.Selepas itu,Allah pun mengajar ciptaanNya yang baru itu nama beberapa benda.Kemudian dipanggil semua Malaikat berkumpul dan menyatakan apakah nama benda yang ada didepan mereka.Lalu semuanya menyatakan tiadalah mereka mengetahui kecuali apa yang telah diajarkan oleh Allah.Kemudian Allah menyuruh ciptaanNya yang baru itu menyatakan apakah nama benda yang ada didepannya lalu dinyatakan olehnya satu persatu nama benda itu.Selepas itu Allah pun mengulangi ayatNya kepada malaikat "Bukankah telah Aku katakan bahawa Aku mengetahui perkara yang kamu tidak ketahui?" lalu Allah pun memerintahkan semua malaikat sujud kepada ciptaanNya yang baru itu.Kesemua Malaikat itu pun mengelilingi ciptaan Allah yang baru itu dan bersujud kecuali Iblis.
     Dengan itu pada pendapat saya mengapa kita solat menghadap Kaabah adalah kerana tanah untuk menciptakan manusia itu adalah tempat dimana Kaabah itu didirikan.Mengapa tanah itu berada di Kaabah?Pada pendapat saya,tanah di Kaabah adalah pertengahan antara timur dan barat,utara dan selatan yang mana tanah itu mampu didiami oleh manusia.Adapun kita bersujud menghadap Kaabah adalah mengikut perbuatan Malaikat yang memuliakan Nabi Adam a.s atas perintah Allah.Ini dikuatkan lagi seperti kalimah-kalimah dalam AlQuran "barang siapa membuat kebaikkan,ianya akan pulang kepada diri mereka sendiri" dan juga "Maha Suci Allah daripada mengharapkan sesuatu daripada makhluk;barang siapa yang ingkar sesungguhnya Allah Maha Kaya".
     Sekian sahaja perkongsian ilmu daripada saya dan sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui-wAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...