Monday, September 2, 2013

Teknologi Alatan Perang Dalam Surah Al-Fil

Pernahkah kita memikirkan apakah teknologi-teknologi yang terkandung didalam AlQuran?Sebenarnya begitu banyak teknologi yang maju didalam AlQuran tetapi telah diabaikan oleh pembacanya sendiri kerana mereka terlalu sibuk memikirkan soal hukum.Disini saya ingin mengeluarkan dan berkongsi apakah teknologi yang terkandung didalam surah Al-Fil yang sama dengan teknologi yang ada pada ketika ini.
     Surah ini menceritakan tentang tentera Abrahah yang ingin menyerang kota Makkah dan merobohkan Kaabah.Dengan kekuatan alatan tentera Abrahah pada ketika itu yang menggunakan gajah sudah pasti tidak mampu dihalang oleh penduduk Makkah.

                    

     Akan tetapi pada ketika ini tidak terdapat lagi gajah kerana kepupusan.Oleh itu tiadalah lagi tentera bergajah pada ketika ini.Allah telah mengurniakan kita akal supaya kita berfikir dan mencari apakah teknologi yang boleh digantikan dengan tentera bergajah itu.Apakah alatan perang moden yang Allah gantikan dengan tentera bergajah itu?

                   

     Inilah alatan perang moden yang menggantikan tentera bergajah.Ianya dikenali sebagai kereta berperisai atau bahasa yang mudah disebut dan difahami ialah 'kereta kebal'.Sebuah jentera bersenjata dan berperisai yang mampu menumbangkan ramai musuh.Lihatlah kemajuan teknologi yang dikurniakan Allah untuk menggantikan tentera bergajah yang kuno.Adakah kita bersyukur?
     bagaimana pula dengan tentera Allah yang terdiri daripada burung Ababil?Pastilah alatan perang ini mampu terbang sepertimana burung yang terbang melayang di udara.Alatan perang yang menjatuhkan senjata sepertimana burung Ababil menjatuhkan batuan panas dari neraka.
               
                   
                   
Inilah jet pejuang yang Allah gantikan bersumber dari burung Ababil yang Allah kirimkan untuk mengalahkan Abrahah dan tentera bergajahnya.Jet-jet pejuang ini mampu memusnahkan manusia dengan izin Allah dengan hanya menjatuhkan 1 bom atom seperti yang tertulis dalam sejarah tentang peperangan dunia kedua.Maka jadilah mereka seperti "daun-daun yang dimakan ulat".
                 
                  
                  
                  
                  
                  
                 

     Inilah kemajuan teknologi bersumber daripada ilmu Allah yang diturunkan kedalam AlQuran.Akan tetapi kita lebih sibuk memikirkan tentang hal-hal yang menghiburkan dan melalaikan yang mana akhirnya ilmu itu diambil oleh orang-orang musyrikin untuk mengalahkan orang-orang Islam.Bukankah telah dinyatakan bahawa AlQuran itu tiada keraguan padanya.Tetapi mengapa kita asyik mempertikaikan antara pencuri perlu dihukum potong tangan atau dipenjara sedangkan kedua-duanya itu adalah hukum Allah.Tak kira kita berhukum dengan yang mana yang pasti kita berlaku adil.Itulah yang dikehendaki Allah.
     kita berbalah sehingga terlupa apakah suruhan 5 ayat yang pertama diturunkan ke bumi.Sebenarnya 5 ayat yang pertama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w adalah yang berkenaan dengan menuntut ilmu.Oleh itu marilah kita mencari ilmu dan lupakan perbalahan yang akan membawa kehancuran pada diri kita.Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...