Wednesday, April 23, 2014

Kaitan Kaabah dengan penciptaan manusia

Para muslimin/muslimat dan mukminin/mukminat sekarang sedang bersedia untuk melakukan ibadah haji.Dan ibadah haji ini hanya sempurna dengan mengunjungi Kaabah di Makkah yang berada di Arab Saudi dan menyempurnakan segala rukun-rukun yang diwajibkan untuk mendapat status sah ibadah haji.Akan tetapi adakah kita mengetahui apakah kaitan diri kita dengan Kaabah?Hubungan antara kita dengan Kaabah telah termaktub didalam AlQuran dalam surah Al-Eimran ayat 96 yang bermaksud "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah(Kaabah) yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia".
                               
  

Umum mengetahui bahawa asas-asas Kaabah telah dibina oleh nabi Ibrahim a.s bersama anakandanya nabi Ismail a.s.Mereka berdua juga membina Kaabah bukan atas kehendak mereka sendiri akan tetapi atas arahan Allah s.w.t.Kaabah juga merupakan qiblat yang pertama bagi umat manusia menghadapkan wajah untuk melakukan solat sebelum dipindahkan ke Masjid Al-Aqsa ketika nabi Musa a.s menjadi rasulullah.
     Kemudian qiblat itu berubah sekali lagi dengan menghadap ke Kaabah setelah nabi Muhammad s.a.w berdoa memohon kepada Allah s.w.t seperti yang terkandung didalam surah Al-Baqarah ayat 144 "kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad),berulang-ulang menengadah ke langit,maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap qiblat yang engkau sukai.Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram(tempat letaknya Kaabah);dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.Dan sesungguhnya orang-orang(yahudi dan nasrani) yang telah diberikan Kitab,mereka mengetahui bahawa perkara(berqiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka;dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan".
     Berbalik kepada tajuk,apakah kaitannya manusia ni dengan Kaabah?Telah dinyatakan didalam AlQuran bahawa Allah ingin menciptakan makhluk yang bernama manusia seperti yang termaktub dalam surah Al Baqarah ayat 30.kemudian dibantah oleh para Malaikat kerana manusia akan menumpahkan darah.Lalu Malaikat pun ditempelak oleh Allah dengan mengatakan siapakah yang lebih mengetahui hal-hal yang ghaib?Lalu Malaikat dalam penyesalan pun mengatakan bahawa Allah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
     Setelah peristiwa itu,Allah pun menyuruh Malaikat turun kebumi mengambil tanah untuk dicorakkan ciptaan menjadi manusia.Setelah siap diciptakan rekaan itu lalu Allah memerintahkan Malaikat meniupkan roh kedalam tubuh rekaan itu maka sempurnalah ciptaan Allah.Selepas itu,Allah pun mengajar ciptaanNya yang baru itu nama beberapa benda.Kemudian dipanggil semua Malaikat berkumpul dan menyatakan apakah nama benda yang ada didepan mereka.Lalu semuanya menyatakan tiadalah mereka mengetahui kecuali apa yang telah diajarkan oleh Allah.Kemudian Allah menyuruh ciptaanNya yang baru itu menyatakan apakah nama benda yang ada didepannya lalu dinyatakan olehnya satu persatu nama benda itu.Selepas itu Allah pun mengulangi ayatNya kepada malaikat "Bukankah telah Aku katakan bahawa Aku mengetahui perkara yang kamu tidak ketahui?" lalu Allah pun memerintahkan semua malaikat sujud kepada ciptaanNya yang baru itu.Kesemua Malaikat itu pun mengelilingi ciptaan Allah yang baru itu dan bersujud kecuali Iblis.
     Dengan itu pada pendapat saya mengapa kita solat menghadap Kaabah adalah kerana tanah untuk menciptakan manusia itu adalah tempat dimana Kaabah itu didirikan.Mengapa tanah itu berada di Kaabah?Pada pendapat saya,tanah di Kaabah adalah pertengahan antara timur dan barat,utara dan selatan yang mana tanah itu mampu didiami oleh manusia.Adapun kita bersujud menghadap Kaabah adalah mengikut perbuatan Malaikat yang memuliakan Nabi Adam a.s atas perintah Allah.Ini dikuatkan lagi seperti kalimah-kalimah dalam AlQuran "barang siapa membuat kebaikkan,ianya akan pulang kepada diri mereka sendiri" dan juga "Maha Suci Allah daripada mengharapkan sesuatu daripada makhluk;barang siapa yang ingkar sesungguhnya Allah Maha Kaya".
     Sekian sahaja perkongsian ilmu daripada saya dan sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui-wAllahu'alam.

Monday, September 2, 2013

Teknologi Alatan Perang Dalam Surah Al-Fil

Pernahkah kita memikirkan apakah teknologi-teknologi yang terkandung didalam AlQuran?Sebenarnya begitu banyak teknologi yang maju didalam AlQuran tetapi telah diabaikan oleh pembacanya sendiri kerana mereka terlalu sibuk memikirkan soal hukum.Disini saya ingin mengeluarkan dan berkongsi apakah teknologi yang terkandung didalam surah Al-Fil yang sama dengan teknologi yang ada pada ketika ini.
     Surah ini menceritakan tentang tentera Abrahah yang ingin menyerang kota Makkah dan merobohkan Kaabah.Dengan kekuatan alatan tentera Abrahah pada ketika itu yang menggunakan gajah sudah pasti tidak mampu dihalang oleh penduduk Makkah.

                    

     Akan tetapi pada ketika ini tidak terdapat lagi gajah kerana kepupusan.Oleh itu tiadalah lagi tentera bergajah pada ketika ini.Allah telah mengurniakan kita akal supaya kita berfikir dan mencari apakah teknologi yang boleh digantikan dengan tentera bergajah itu.Apakah alatan perang moden yang Allah gantikan dengan tentera bergajah itu?

                   

     Inilah alatan perang moden yang menggantikan tentera bergajah.Ianya dikenali sebagai kereta berperisai atau bahasa yang mudah disebut dan difahami ialah 'kereta kebal'.Sebuah jentera bersenjata dan berperisai yang mampu menumbangkan ramai musuh.Lihatlah kemajuan teknologi yang dikurniakan Allah untuk menggantikan tentera bergajah yang kuno.Adakah kita bersyukur?
     bagaimana pula dengan tentera Allah yang terdiri daripada burung Ababil?Pastilah alatan perang ini mampu terbang sepertimana burung yang terbang melayang di udara.Alatan perang yang menjatuhkan senjata sepertimana burung Ababil menjatuhkan batuan panas dari neraka.
               
                   
                   
Inilah jet pejuang yang Allah gantikan bersumber dari burung Ababil yang Allah kirimkan untuk mengalahkan Abrahah dan tentera bergajahnya.Jet-jet pejuang ini mampu memusnahkan manusia dengan izin Allah dengan hanya menjatuhkan 1 bom atom seperti yang tertulis dalam sejarah tentang peperangan dunia kedua.Maka jadilah mereka seperti "daun-daun yang dimakan ulat".
                 
                  
                  
                  
                  
                  
                 

     Inilah kemajuan teknologi bersumber daripada ilmu Allah yang diturunkan kedalam AlQuran.Akan tetapi kita lebih sibuk memikirkan tentang hal-hal yang menghiburkan dan melalaikan yang mana akhirnya ilmu itu diambil oleh orang-orang musyrikin untuk mengalahkan orang-orang Islam.Bukankah telah dinyatakan bahawa AlQuran itu tiada keraguan padanya.Tetapi mengapa kita asyik mempertikaikan antara pencuri perlu dihukum potong tangan atau dipenjara sedangkan kedua-duanya itu adalah hukum Allah.Tak kira kita berhukum dengan yang mana yang pasti kita berlaku adil.Itulah yang dikehendaki Allah.
     kita berbalah sehingga terlupa apakah suruhan 5 ayat yang pertama diturunkan ke bumi.Sebenarnya 5 ayat yang pertama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w adalah yang berkenaan dengan menuntut ilmu.Oleh itu marilah kita mencari ilmu dan lupakan perbalahan yang akan membawa kehancuran pada diri kita.Wallahu'alam


Monday, April 8, 2013

Antara Kesalahan Ketika Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari





ANTARA KESALAHAN KETIKA DALAM SOLAT YANG TIDAK KITA SEDARI | Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” [HR Thobrani]
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
1. Tidak berdiri lurus.
Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. 
Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah.
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud.
Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” [HR Ahmad]5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai.
7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” [Muttafaqun 'Alaih]
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. 
Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat.
Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡkepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. 
Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
10. Dada berpaling dari kiblat
sumber: soutulmujahid.com

Sunday, April 7, 2013

15 Kelebihan Sujud Dalam Setiap Solat






“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (2:45)
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Sumber: http://amekaw.com/2013/01/15-kelebihan-sujud-dalam-setiap-solat/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...